Thursday, July 5, 2012

Masterchef #1 : Supermoist Chocolate Cake

Assalamualaikum semua. Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia. Malaysia Boleh!

Hamboi kau jemah. Anak Malaysia kata ko. Patriotik sungguh jiwa sanubari mg. Eh, mestilah! Kita sebagai rakyat Malaysia yg merdeka seharusnya berbangga dgn negara kita! Selaku anak bangsa bla bla bla bla bla.

Eh puihh lah. Kat sini jugak kau nak berkhidmat negara. Tak kena dgn tajuk langsung. Sila sedarkan diri ye incek ayu oi.

Okay. Kembali pada tajuk yg konon nak gempak ala-ala rancangan realiti tv terkemuka dunia tuh. Ya! Masterchef. Semua maklum kan yg aku tgah cuti laaaaamaaaaaaaaa gila. Kan kan? Tau kan? Tak tau? Fineeeee T.T . Yaa. Aku tgah cuti ya tuantuan puanpuan. Bila cuti stendek ah bosan. Tapi time belaja pun bosan sebenanya. Konklusennya, semua bnda bosan. Dan bila bosan, otak pun mulalah mencambah-cambah menyeludup idea yg tak penah terjangkau dek akal fikiran selama 18 tahun 6 bulan 7 hari aku hidup. Yakni memasak. Ulang suara. MEMASAK. Memasak ya. Banyak gilaaaaa weh benda aku dah masak. Fine. BENDA. Nampak sgt tak layak dipanggil masakan T.T

So, dari aku biar ilmu memasak aku terbazir macam tu je. ILMU MEMASAK lah kononnya. Baik aku patrikan secara abadi dalam blog aku ye. Dan untuk itu. Resepi pertama dari Masterchef Ayu. Tadaaaa. Supermoist Chocolate Cake. Ini version kukus. Aku lagi suka yg kukus. Moist lemak berkrim disukai ramai :D Tapi kalo nak bakar pun boleh. Tapi takde lah se-moist versi kukus. Rajin-rajinkan diri try ya. Senang gila weh. SENANG GILA! Bunyik nak eksen aje.

SUPERMOIST CHOCOLATE CAKE

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 setengah sudu kecil baking powder
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan mentega
1 cawan gula
4 biji telur
500 ml susu segar-perisa coklat lah sedap! :D
3 sudu besar susu pekat
1/2 cawan minyak jagung-minyak masak pungg bolehh :D
Esen vanila

Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum, serbuk koko & baking powder siap-siap. Senang nak masukkan nanti.
2. Panaskan pengukus. Kalau nak bakar, panaskan lah oven kan :D
3. Pukul mentega & gula. Then, masukkan telur sebijik-sebijik. Jangan sekali gus! Kurang moistnye nanti. Hoho. Pukul lagi sampai kembang. Masukkan sikit esen vanila.
4. Dah tuh, masukkan tepung yang dah diayak tadi sedikit-sedikit berselang seli dengan susu segar, susu pekat & minyak. Kenapa kena selang seli? Nahhh, inilah tips nak bagi kek lembut :D
5. Dah sebati semua, masukkan dalam tray. Tray tuh boleh sapu dgn minyak ke, mentega ke, lapik dgn kertas minyak ke. Aku guna acuan 9x9x3.
6. Udah tu, pe lagi? Masukkan dalam pengukus/oven. Masak selama 55 minit takpun sampai masak lah. Cemana nak tau dah masak? Macam biasa lah, cucuk tgah nya. Kalau dah takde pape yg melekat kat lidi, udah masak le tuh.

Nah. Ni haa dia kek yg dah siap masak.
Bontot kek nya terkupas sikit. Tu lah. Lembut sgt baq hg. HAHA. Riak, riak.
Kalau nak makan camtu je pun dah boleh. Makan dgn susu segar sejuk. Pehhhh. Nikmat terasa. Kalau nak hias pun boleh macam kat bawah ni pun boleh.
Menawan kan kek aku. Wuwuwuwuwuwuuu :D
Aku hias kemain meriah lagi ni sebab nak buat jadi kek hari jadi lah konon. Habeh sume nozel aku main. Untuk yg kaler-kaler tuh aku guna buttercream. Yg tgah tuh chocolate ganache. Bawah ni hah resepi nya.

BUTTERCREAM ICING
2 cawan mentega
2 cawan shortening
3 cawan gula ising
2 sudu besar air
Pewarna

Cara :
1. Putar shortening sampai kembang. Masukkan mentega & putar lagi sampai kembang lagi.
2. Masukkan gula sikit demi sikit. Putar, putar dan putar.
3. Masukkan air. Putar & masukkan pewarna yg korang suka.

GANACHE COKLAT
2 sudu mentega
4 sudu serbuk koko
2 sudu susu pekat
2 sudu susu segar


Cara :
1. Masak semua sekali guna kaedah double boiler.
2. Tuangkan atas kek.


Kek ni kalau korg nak masukkan dalam cup jadi macam ni pun boleh. Buat hantaran kata ko nyah.


Jadinya, selamat lah mencuba yaa. Daaaa.


Typo merata alam. BIRTDAY. haha. HAHAHAHAHAHA XD

Tudiaaaa besday boy. Maaf lah. Dia ni memang takdak gambaq yg senonoh sikit -.-'
Dan untuk besday boy yakni kekanda beta, Mohd Izzat Adha b Ab Razzaq, selamat hari lahir. Moga panjang umur murah rezeki hidup diberkati. Lagi satu. Sila senonoh yaaa.


Assalamualaikum semua :)

No comments:

Post a Comment