Wednesday, July 11, 2012
Friday, July 6, 2012
Friday Talk #2 : Here We Come, Ya Ramadhan! :D
Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna. Agar dapat ku lalui dengan sempurna.
Selangkah demi selangkah. Setahun sudah pun berlalu. Masa yang pantas berlalu.
Hingga tak terasa ku berada di bulan Ramadhan semula.
-Raihan-
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.
Ya. Memang terlalu pantas masa berlalu. Sedar tak sedar, cuma tinggal 14 hari ke arah Ramadhan bulan penuh barakah. Mungkin ada antara kita yang alpa dan leka akan kedatangan bulan ini, tidak diendahkan, bahkan ada yang menganggap kedatangan bulan ini memeritkan kerana terpaksa menjauhi pelbagai perkara serta menahan diri dari lapar dahaga. Ada yang menyedari akan kehadiran Ramadhan, tetapi bukanlah teruja untuk menyambut Ramadhan itu sendiri, tetapi lebih mengutamakan Syawal, dengan lebih jelas, mereka lebih teruja untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Belum lagi Ramadhan, manusia sudah mula berkira-kira membuat persiapan menyambut Syawal. Ada yang mula menempah baju raya, memperbaharui perabot, mengecat rumah. Kuih raya sejak Rejab lagi sudah berlambak di pasaran. Media juga sibuk memainkan lagu-lagu raya, iklan-iklan raya. Produksi mula merakamkan drama-drama raya yang kita tonton saban tahun kerap berkisarkan masalah keluarga dan pemergian. Seolah-olah tiada lagi kegembiraan. Program-program raya juga sudah mula dipromosi di sana sini. Segala persiapan di atas tidak salah, tidak lain tidak bukan untuk kegembiraan diri sendiri menyambut kemenangan mengharungi bulan Ramadhan. Tetapi, alangkah baik jika persiapan bagi menyambut Ramadhan itu sendiri juga sebegitu rapi dan meriah.

Yang Bermaksud: Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahwa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, Syaitan- Syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini).
(HR . Ahmad)
Jika dihayati mafhum hadith, mana mungkin seseorang yang tinggi keimanannya tidak bergembira dengan berita akan tibanya satu bulan yang dibuka padanya seluruh pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka. Beginilah keadaanya Rasulullah dan para sahabat yang ternanti-nanti bahkan rindu dengan kehadiran Ramadhan sehingga Baginda Rasulullah SAW mula membuat persedian menyambut Ramadhan seawal bulan Syaaban.
“Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadith Riwayat Bukhori )
Hadith di atas menunjukkan baginda Rasulullah SAW seorang yang sering malaksanakan ibadah puasa sunat dan baginda tidak dilihat memperbanyakkan ibadah puasa melainkan pada bulan syaaban. Hikmah perbuatan rasulullah yang memperbanyakkan puasa pada bulan Syaaban boleh dikiaskan kepada kita sebagai suatu bentuk sesi latihan untuk menghadapi sebulan berpuasa. Bayangkan dengan amalan puasa sunat yang jarang-jarang atau tidak pernah kita lakukan, secara tiba-tiba kita terus berpuasa selama sebulan mungkin memberi kesan tahap kesempurnaan ibadah dan juga kesihatan tubuh badan.
Antara amalan yang boleh dimulakan seawal mungkin ialah membaca al-Quran. Anas bin Malik sahabat Baginda SAW berkata: Apabila masuk bulan Syaaban, Umat Islam pada ketika itu menumpukan sepenuh perhatian membaca al-Quran. Berkata seorang ahli Salaf: Bulan Syaaban adalah bulan pembaca-pembaca al-Quran, Sesiapa yang istiqamah dan dapat memelihara amalan membaca al-Quran sebelum Ramadhan nescaya dia dapat memeliharanya sehingga bulan Ramadhan.
Pernah diceritakan, seorang muslim yang sudah lama meninggalkan bacaan al-Quran merasa terlalu berat dan malas untuk membaca walaupun baru membaca beberapa potong ayat.. Maka dia dinasihatkan agar terus-menerus membaca al-Quran. Apabila dia telah membaca sekitar 2/3 al-Quran, perasaan malas dan berat itu hilang sebaliknya dia semakin minat untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran. Keadaan inilah yang biasa berlaku kepada mereka yang jarang dan lalai membacanya. Oleh yang demikian memperbanyakkan membaca al-Quran di bulan Syaaban mampu menjernihkan hati sehingga hati dipenuhi dengan cahaya dan memudahkan jiwa untuk tunduk melaksanakan ibadah di dalam bulan Ramadhan.
Sebenarnya terlalu banyak persediaan yang patut kita lakukan menjelang ramadhan. Antara yang lain ialah:
1) Persediaan ilmu agama.
Ramai orang yang berpuasa tanpa ilmu di dada. Dikhuatiri ibadah yang diharapkan mendapat pahala sebaliknya tidak diterima malahan mendapat dosa. Menjelang Ramadhan, kita diseru meluangkan masa menuntut ilmu agama. Sama ada dengan cara membaca buku, menghadiri kuliah-kuliah agama atau melayari internet. Perkara yang perlu diberi keutamaan ialah berkaitan dengan ibadah puasa seperti rukun, syarat sah, perkara yang membatalkan puasa, adab dan juga akhlak orang berpuasa. Hal ini begitu penting untuk mendapat kesempurnaan ibadah puasa.
2) Persediaan kesihatan.
Ibadah puasa melibatkan kesihatan tubuh badan. Kesihatan tubuh badan yang sempurna menjamin kesempurnaan ibadah puasa. Kecerdasan seluruh anggota badan diperlukan kerana pada bulan puasalah tubuh badan dikerah bekerja kuat melaksanakan solat sunat tarawih, qiamullail , membaca al –Quran, iktikaf dan sebagainya.
Penjagaan kesihatan ini termasuklah menjaga pemakanan yang seimbang, riadah dan menjauhkan diri dari perkara yang mendatangkan penyakit seperti tabiat merokok.
3) Persediaan dari sudut kewangan.
Di antara amalan yang begitu mulia dalam bulan Ramadhan ialah bersedekah. Rasulullah SAW merupakan seorang yang paling dermawan dan baginda lebih dermawan di dalam bulan Ramadhan. Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a:

“Rasulullah saw ialah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan di saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al- Quran. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari)
Bagi mendapat kelebihan bulan Ramadhan , kita juga harus menangguhkan sedekah pada bulan-bulan lain semata-mata untuk disedekahkan pada bulan Ramadhan dengan syarat ia bukanlah sedekah yang dihajati seperti orang fakir miskin yang memerlukan dan orang dalam keadaan susah dan berhutang.
4) Memperbanyak menyebut hal berkaitan kelebihan dan kemuliaan Ramadhan.
Di antara persiapan lain yang perlu ada ialah memperbanyakkan bercerita tentang kemuliaan bulan Ramadhan. Hal ini bertujuan memberi rangsangan dan semangat kepada kita untuk membuat persediaan bertemu Ramadhan. Bukankah sesuatu acara itu akan menjadi lebih meriah dan suasananya dapat dirasai jika diwar-warkan. Contoh mudah, bagaimanakah perasaan kita di saat diwar-warkan sesuatu sambutan yang besar, seperti Piala Dunia Bola Sepak. Pada ketika itu seluruh saluran media hebat membuat promosi. Kesannya seluruh masyarakat dunia termasuk rakyat Malaysia ternanti-nanti dan merasai bahang temasya tersebut. Apatah lagi bulan yang begitu mulia ini sepatutnya lebih layak disebut-sebut kemulian dan ganjarannya oleh media massa dan seluruh umat Islam.
Jadi, apa kita tunggu lagi. Manfaatkan kehadiran bulan mulia ini dgn melakukan persediaan secukupnya. Moga kedatangan Ramadhan Al-Mubarak ini memberikan ketenangan dan kesucian jiwa pada setiap umat Islam.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
Sekian. Assalamualaikum :)
Thursday, July 5, 2012
Masterchef #1 : Supermoist Chocolate Cake
Assalamualaikum semua. Salam sejahtera. Salam 1 Malaysia. Malaysia Boleh!
Hamboi kau jemah. Anak Malaysia kata ko. Patriotik sungguh jiwa sanubari mg. Eh, mestilah! Kita sebagai rakyat Malaysia yg merdeka seharusnya berbangga dgn negara kita! Selaku anak bangsa bla bla bla bla bla.
Eh puihh lah. Kat sini jugak kau nak berkhidmat negara. Tak kena dgn tajuk langsung. Sila sedarkan diri ye incek ayu oi.
Okay. Kembali pada tajuk yg konon nak gempak ala-ala rancangan realiti tv terkemuka dunia tuh. Ya! Masterchef. Semua maklum kan yg aku tgah cuti laaaaamaaaaaaaaa gila. Kan kan? Tau kan? Tak tau? Fineeeee T.T . Yaa. Aku tgah cuti ya tuantuan puanpuan. Bila cuti stendek ah bosan. Tapi time belaja pun bosan sebenanya. Konklusennya, semua bnda bosan. Dan bila bosan, otak pun mulalah mencambah-cambah menyeludup idea yg tak penah terjangkau dek akal fikiran selama 18 tahun 6 bulan 7 hari aku hidup. Yakni memasak. Ulang suara. MEMASAK. Memasak ya. Banyak gilaaaaa weh benda aku dah masak. Fine. BENDA. Nampak sgt tak layak dipanggil masakan T.T
So, dari aku biar ilmu memasak aku terbazir macam tu je. ILMU MEMASAK lah kononnya. Baik aku patrikan secara abadi dalam blog aku ye. Dan untuk itu. Resepi pertama dari Masterchef Ayu. Tadaaaa. Supermoist Chocolate Cake. Ini version kukus. Aku lagi suka yg kukus. Moist lemak berkrim disukai ramai :D Tapi kalo nak bakar pun boleh. Tapi takde lah se-moist versi kukus. Rajin-rajinkan diri try ya. Senang gila weh. SENANG GILA! Bunyik nak eksen aje.
SUPERMOIST CHOCOLATE CAKE
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 setengah sudu kecil baking powder
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan mentega
1 cawan gula
4 biji telur
500 ml susu segar-perisa coklat lah sedap! :D
3 sudu besar susu pekat
1/2 cawan minyak jagung-minyak masak pungg bolehh :D
Esen vanila
Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum, serbuk koko & baking powder siap-siap. Senang nak masukkan nanti.
2. Panaskan pengukus. Kalau nak bakar, panaskan lah oven kan :D
3. Pukul mentega & gula. Then, masukkan telur sebijik-sebijik. Jangan sekali gus! Kurang moistnye nanti. Hoho. Pukul lagi sampai kembang. Masukkan sikit esen vanila.
4. Dah tuh, masukkan tepung yang dah diayak tadi sedikit-sedikit berselang seli dengan susu segar, susu pekat & minyak. Kenapa kena selang seli? Nahhh, inilah tips nak bagi kek lembut :D
5. Dah sebati semua, masukkan dalam tray. Tray tuh boleh sapu dgn minyak ke, mentega ke, lapik dgn kertas minyak ke. Aku guna acuan 9x9x3.
6. Udah tu, pe lagi? Masukkan dalam pengukus/oven. Masak selama 55 minit takpun sampai masak lah. Cemana nak tau dah masak? Macam biasa lah, cucuk tgah nya. Kalau dah takde pape yg melekat kat lidi, udah masak le tuh.
Nah. Ni haa dia kek yg dah siap masak.
Kalau nak makan camtu je pun dah boleh. Makan dgn susu segar sejuk. Pehhhh. Nikmat terasa. Kalau nak hias pun boleh macam kat bawah ni pun boleh.
Aku hias kemain meriah lagi ni sebab nak buat jadi kek hari jadi lah konon. Habeh sume nozel aku main. Untuk yg kaler-kaler tuh aku guna buttercream. Yg tgah tuh chocolate ganache. Bawah ni hah resepi nya.
BUTTERCREAM ICING
2 cawan mentega
2 cawan shortening
3 cawan gula ising
2 sudu besar air
Pewarna
Cara :
1. Putar shortening sampai kembang. Masukkan mentega & putar lagi sampai kembang lagi.
2. Masukkan gula sikit demi sikit. Putar, putar dan putar.
3. Masukkan air. Putar & masukkan pewarna yg korang suka.
GANACHE COKLAT
2 sudu mentega
4 sudu serbuk koko
2 sudu susu pekat
2 sudu susu segar
Cara :
1. Masak semua sekali guna kaedah double boiler.
2. Tuangkan atas kek.
Kek ni kalau korg nak masukkan dalam cup jadi macam ni pun boleh. Buat hantaran kata ko nyah.
Jadinya, selamat lah mencuba yaa. Daaaa.
Dan untuk besday boy yakni kekanda beta, Mohd Izzat Adha b Ab Razzaq, selamat hari lahir. Moga panjang umur murah rezeki hidup diberkati. Lagi satu. Sila senonoh yaaa.
Assalamualaikum semua :)
Hamboi kau jemah. Anak Malaysia kata ko. Patriotik sungguh jiwa sanubari mg. Eh, mestilah! Kita sebagai rakyat Malaysia yg merdeka seharusnya berbangga dgn negara kita! Selaku anak bangsa bla bla bla bla bla.
Eh puihh lah. Kat sini jugak kau nak berkhidmat negara. Tak kena dgn tajuk langsung. Sila sedarkan diri ye incek ayu oi.
Okay. Kembali pada tajuk yg konon nak gempak ala-ala rancangan realiti tv terkemuka dunia tuh. Ya! Masterchef. Semua maklum kan yg aku tgah cuti laaaaamaaaaaaaaa gila. Kan kan? Tau kan? Tak tau? Fineeeee T.T . Yaa. Aku tgah cuti ya tuantuan puanpuan. Bila cuti stendek ah bosan. Tapi time belaja pun bosan sebenanya. Konklusennya, semua bnda bosan. Dan bila bosan, otak pun mulalah mencambah-cambah menyeludup idea yg tak penah terjangkau dek akal fikiran selama 18 tahun 6 bulan 7 hari aku hidup. Yakni memasak. Ulang suara. MEMASAK. Memasak ya. Banyak gilaaaaa weh benda aku dah masak. Fine. BENDA. Nampak sgt tak layak dipanggil masakan T.T
So, dari aku biar ilmu memasak aku terbazir macam tu je. ILMU MEMASAK lah kononnya. Baik aku patrikan secara abadi dalam blog aku ye. Dan untuk itu. Resepi pertama dari Masterchef Ayu. Tadaaaa. Supermoist Chocolate Cake. Ini version kukus. Aku lagi suka yg kukus. Moist lemak berkrim disukai ramai :D Tapi kalo nak bakar pun boleh. Tapi takde lah se-moist versi kukus. Rajin-rajinkan diri try ya. Senang gila weh. SENANG GILA! Bunyik nak eksen aje.
SUPERMOIST CHOCOLATE CAKE
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 setengah sudu kecil baking powder
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan mentega
1 cawan gula
4 biji telur
500 ml susu segar-perisa coklat lah sedap! :D
3 sudu besar susu pekat
1/2 cawan minyak jagung-minyak masak pungg bolehh :D
Esen vanila
Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum, serbuk koko & baking powder siap-siap. Senang nak masukkan nanti.
2. Panaskan pengukus. Kalau nak bakar, panaskan lah oven kan :D
3. Pukul mentega & gula. Then, masukkan telur sebijik-sebijik. Jangan sekali gus! Kurang moistnye nanti. Hoho. Pukul lagi sampai kembang. Masukkan sikit esen vanila.
4. Dah tuh, masukkan tepung yang dah diayak tadi sedikit-sedikit berselang seli dengan susu segar, susu pekat & minyak. Kenapa kena selang seli? Nahhh, inilah tips nak bagi kek lembut :D
5. Dah sebati semua, masukkan dalam tray. Tray tuh boleh sapu dgn minyak ke, mentega ke, lapik dgn kertas minyak ke. Aku guna acuan 9x9x3.
6. Udah tu, pe lagi? Masukkan dalam pengukus/oven. Masak selama 55 minit takpun sampai masak lah. Cemana nak tau dah masak? Macam biasa lah, cucuk tgah nya. Kalau dah takde pape yg melekat kat lidi, udah masak le tuh.
Nah. Ni haa dia kek yg dah siap masak.
| Bontot kek nya terkupas sikit. Tu lah. Lembut sgt baq hg. HAHA. Riak, riak. |
| Menawan kan kek aku. Wuwuwuwuwuwuuu :D |
BUTTERCREAM ICING
2 cawan mentega
2 cawan shortening
3 cawan gula ising
2 sudu besar air
Pewarna
Cara :
1. Putar shortening sampai kembang. Masukkan mentega & putar lagi sampai kembang lagi.
2. Masukkan gula sikit demi sikit. Putar, putar dan putar.
3. Masukkan air. Putar & masukkan pewarna yg korang suka.
GANACHE COKLAT
2 sudu mentega
4 sudu serbuk koko
2 sudu susu pekat
2 sudu susu segar
Cara :
1. Masak semua sekali guna kaedah double boiler.
2. Tuangkan atas kek.
Kek ni kalau korg nak masukkan dalam cup jadi macam ni pun boleh. Buat hantaran kata ko nyah.
Jadinya, selamat lah mencuba yaa. Daaaa.
| Typo merata alam. BIRTDAY. haha. HAHAHAHAHAHA XD |
| Tudiaaaa besday boy. Maaf lah. Dia ni memang takdak gambaq yg senonoh sikit -.-' |
Assalamualaikum semua :)
Wednesday, July 4, 2012
Sunday, July 1, 2012
One Step Closer : Engagement Day
Ohmairabb. Aku cukup tak faham dgn kemalasan yg melanda diri sejak dua tiga menjak ni. Err. Sejak dari dulu lagi sebenanya. Cuma nya malam ni. Haish. Tak taw lah nak cakap cemana. Sepatutnya bila dah ada belog ni sila lah rajin-rajinkan diri mengupdate. Macam ni gaya nak hit trafic? Eh boleh blah lah. Eloknya ditutup aja belog ni ye tuantuan dan puanpuan -.-
Setakat ni je lah yg mampu aku tunjuk. Maaf lah, bakat photog aku memg tahap -28 degree punya. Satu dalam seribu gambo yg lelawa pun. Tssk T_T
Untuk pasangan Ridzawan & Umi Kisma, cepat-cepat kawen lah hendaknya. Boleh aku jeles lagi T.T
Assalamualaikum. Sekian.
Fine. Patutlah tak sedap aje hati ni rasa. Salam entah kemana. Okay okay.
Assalamualaikum blogger semua.
Oh ya. Berbalik pada tajuk ye tuantuan puanpuan. Tahniah? Oh tidak. Bukan aku yg tunang ye makcikmakcik sekalian. Tajuk memg lah kena gempak. Kalo tak cemana org nak baca kan? Kan kan? Mohon tertipu berjemaah. Wkwkwkwkw XD.
Well. Seronok ye tengok org tunang kawen bagai ni. Seronok luar je. Dalam hati, mak aih jeles weh! Lagi-lagi kalo kawan, sedara sendiri yg tunang kawen. Kita ni ntah bila lah T.T
Well. Seronok ye tengok org tunang kawen bagai ni. Seronok luar je. Dalam hati, mak aih jeles weh! Lagi-lagi kalo kawan, sedara sendiri yg tunang kawen. Kita ni ntah bila lah T.T
Hoi hoi. Baru 19 tahun dah gatai cakap pasal kawen pehal?
Okay lah okay lah. Hari tuh, entah bila tah tarikhnya, dalam dua minggu lepas la kut, aku hantar sepupu pegi tunang. Jauh kut wehhh. Nun kat Kedah tuh haa. Selangor-Perak-Penang-Kedah. Kau google map sekarang. Tengok jauh tak jauh? Kematu woi duduk je dalam kereta.
Nah. Malas nak cakap banyak. Sila layan gambar. *Pemalas tak pemalas?
| Hantaran dari pihak lelaki. Aku pun baru tau bertunang pun kena ada hantaran. Haish. |
| Cantik tak cantik, si tunang lelaki tu yg buat sendiri ni weh. Kau hado? |
| Tadaaa. The rombongan of cik kiah. |
| Cantk lah muka u. U pakai krim apa ni? Patut lah anak i suka sgt kat u. |
| Aku tak tau pasepa dia tak boleh rotate. Tak puaih hati btul aku. Haish haish. |
| Hah. Hambek kau. Cantik tak cantik bakal kakak ipar sepupu aku? Gojes baqhang. |
| Balasan hantaran dari pihak pempuan. Merah wei! Cantik kata kau nyah. |
| Ni yg kedua paling aku suka. Cupcake. Memg aku je lah yg bedal nye punn. |
| Sebab suka. Letak dua kali. |
| Yeahhh! Yg paling aku suka! Strawberry! Epal! Kiwi! Pengsan pengsan. |
| The Blues vs The Reds |
| Ehem ehem. Jgn rapat rapat lagi yaa tuan puan. |
Setakat ni je lah yg mampu aku tunjuk. Maaf lah, bakat photog aku memg tahap -28 degree punya. Satu dalam seribu gambo yg lelawa pun. Tssk T_T
Untuk pasangan Ridzawan & Umi Kisma, cepat-cepat kawen lah hendaknya. Boleh aku jeles lagi T.T
BARAKALLAHULAKUMA WABARAKA 'ALAIKUMA WAJAMA'AL BAINAKUMA FI KHAIR
Subscribe to:
Comments (Atom)
