Friday, June 29, 2012

Khutbah Jumaat #1 : Indahnya Memaafkan & Menahan Marah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Salam Jumaat. Salam Saiyidul Ayyam.


Seperti yang anda anda semua tahu hari ni Jumaat. Apa? Kau tak perasan hari ni hari Jumaat? Haa. Tak pegi solat Jumaat lettew. Kau tak update kalendar ke? Eh. Tipu lah iPhone mahal takde tunjuk kalendar kan. Kan kan? Rugi kau tak sedar hari ni hari Jumaat. Mohon malu pada diri sendiri. Wkwkwkwk.


Okay okay. Mula balik. Mula balik.


Seperti yang anda anda tahu hari ni Jumaat. Hari Jumaat pula sinonim dgn Solat Jumaat. Sekaligus menjadikan ianya sinonim dgn status-status para gadis gedik gelenyar di Facebook yg tak habis-habis sibuk menyuruh pakwe masing-masing mahupun siapa pun lelaki yg tak dikenali untuk pergi menunaikan Solat Jumaat. Tetiba hari Jumaat lah para-para gadis menjalankan tanggungjawab mengingatkan jejaka-jejaka akan solat. Sebelum ni tak pulak kau ye? Hamboi. Mentang-mentang perempuan tak wajib solat Jumaat. Melampau ye. Melampau. Okay fine, aku terpesong lagi. Hei, apesal ayat tatabahasa sgt neh. Geli tahu? Geli. Baik, baik.


Bila ada solat Jumaat, ada khutbah Jumaat. Jadi, start hari ni, aku akan cuba untuk mengupdate post yg main title nya mcm kat atas tu : Khutbah Jumaat. Ye lah. Kita nak buat pahala, nak sebarkan kebaikan mcm2 cara ye dak. Jadi, tak payah byk cerita. Tuh, pi baca 1st tazkirah aku tuh. Ilmu sikit sebanyak kenalah kongsi satu dunia ye tak nyah?


Indahnya Memaafkan & Menahan Marah

Allah SWT meninggikan darjat bagi seorang hamba yang memaafkan serta diberikan kemuliaan ke atasnya. Dengan memaafkan orang lain itu juga tidaklah merendahkan dirinya kerana selain daripada Allah SWT.





Nabi bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR. Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Hadis ini jelas menyatakan tentang sifat orang yang memaafkan kesalahan orag lain itu tidak lain tidak bukan adalah sifat sabar. Orang seperti ini juga bukanlah seorang yang suka berdendam. Mereka memilih untuk memaafkan, yang mana menuju ke arah kedamaian tanpa persengketaan. Nabi bersabda, "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." (HR. Muslim)

Allah berfirman, "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan." (Ali Imran : 133-134)

Nabi juga pernah bersabda: "Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan manusia pada setiap hari khamis dan Isnin, lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, diampunkan setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan, iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai , tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai." (HR Muslim)



Nah, jelas menunjukkan Allah Maha Pengampun sedia memaafkan sesiapa sahaja hambaNya melainkan mereka yang berada di dalam persengketaan sehingga berlakunya perdamaian. Islam sangat melarang akan pergaduhan yang mana akan memecahbelahkan perpaduan sesama umat. Jadi, sifat pemaaf dan sabar aat dituntut bagi mengelakkan ini berlaku.




"Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang". (At Taghobun: 14)

"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (al-Nuur: 22)



Jadi, setelah apa yang diperjelaskan. Mari bersama kita kikis sifat amarah dalam diri yakni sifat syaitan dan pupuklah sifat Sabar dan Pemaaf dalam hati dan jiwa.

Maaf atas setiap kekurangan. Yang baik itu sentiasa datang daripadaNya. Wallahua'lam.
Sekian.
Assalamualaikum. Jumpa lagi di lain post :D

Tuesday, June 26, 2012

Kacaknya Cristiano Ronaldo

Bismillah. Assalamualaikum.

Yeahh. Cristiano Ronaldo memang kacak. Kacak sesangat. Memang yg paling kacak lah kan uolls. Dah  lah hebat gila. Main bola dia lah yg paling terer dalam dunia kata ko. Tekel sana, cilok sini. Aish. Kagum betul lah dgn si kacak ni. Awww.

Hey hey hey. Jgn puji I lebih2 okay. I tau I memg osem. Nanti I belanja u cendol.

Cendol? Eh puihh lah. Memang tak lalu lah eh aku nak puji si portugis ni. Takat muka je sikit hensem. Hensem? Eh puih. Kacak? Puih lagi. Osem? Superpuih. Tapi dia main bola memang tak tipu ah hebat. Jadi, maaflah para-para wanita sekalian yang majoritinya peminat si portugis nih. Saya bukan dari kalangan anda. HAHAHAHA.

Jadi? Apa motif?
Motif apa?
Tajuk tuh?

Ooooo. Hahaha. Saje je nak kasi hit trafic. Aku tau musim2 Euro ni semua duk sibuk google pasal player2 sekalian. Amacam? Rasa nak protes kenyataan beta di atas? HAHAHA. Protes lah kau. Kesah pulak aku? Nak buat demonstrasi? Jgn lupa banner gambar aku besar2 sekali ye. 

Okay fine. Semua tau kan skrg ni musim Euro. Apa? Kau tak tau? Weh. Kau dari planet mana? Eh, bangga pulak aku alien baca blog aku. Okayokay. Aku tak merepek dah. Back to Euro. Team mana korg sokong? Spain? Klise. Germany? Bolehlah. Netherlands? Hahaha. Aku? Aku sejak lahir sampai laa ni aku tetap sokong England. 

Three Lions!

Yeah. Ye ye. Aku tau England legend. Apa? England ayam? Eh, kau blah. Kau blah sekarang. Sakit pulak hati kita ni.

Oo. Baru kau tahu sakit hati? Tadi punya lah kau kutuk Ronaldo kau tak fikir pulak si jemah punya sakit hati?
Fine lah. Maaf maaf.

Oh, dah panjang lebar cerita aku. Makin panjang aku tulis nanti, makin banyak aku merepek, makin korg sakit jiwa dgn aku. Kehkehkeh XD

Okbai. Assalamualaikum. Buat peminat Cristiano Ronaldo sekalian, jgn pernah menyesal tgok blog aku lagi ye. Hahaha.

Aku Si Tukang Blog

Assalamualaikum.

Ini blog aku. Aku tukang blog. Sekian terima kasih daun keladi.

Fine. Sakit mata nengok perangai budak macam ni kan? Kalau takat nak kasi tau ini blog kau kat satu dunia walaupun mungkin tak ada siapa yg tahu kejadian blog kau ni baik tak payah buat post. Tak ada post, tak ada blog. Kan senang. Haish.

Yelah yelah. Ini blog aku nombor dua. Yang nombor satu tuh dah lama tak aku ziarah menziarahinya pun. Buat apa nak ziarah? Blog macam sampah. Kejap update. Kejap tak. Sekali update. Beratus kali tak update. Update pun sampah. Tak ke menyampah?

Mood nak berblog pun dah hilang sebenanya. Tapi dah cuti lama bebeno. Si bosan pun kerap datang bertandang. Didorongi oleh rakan-rakan yg kian giat berblog. Maka timbullah Red Delicious. Apakah Red Delicious?

Tadaaaa! Red Delicious! Aku suka ni!

Ianya spesis buah epal ya tuan tuan dan puan puan. Sila bukak buku tiga5, catat cepat. Ilmu baru neh. Cepat cepat.
Woi, apa kau ingat org tak taw ke benda tuh? Satu dunia kenal buah ni. Lain lah Red Delicious blog kau tuh.

Fineee, tak ada sapa kenal blog aku T_T

Ohhai. Panjang lebar merepek aku. Ampun maaf dipinta menyuci hening dosa. Jadi, itu serba sedikit intro untuk blog baru aku ni. Kena lah ada intro post sikit sikit kan? Kang terus terus aku merepek pasal Euro kang aku dapat title blogtakdeintrotetibanaksibukceritapanas pulak nanti. Euro? Fineee. Semua dah tau dah next post aku hape.

Sekian terima kasih assalamualaikum kalau tak jawab dosa.