Saturday, September 8, 2012

Hidup Baru

Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera.

Cuaca sejak dua menjak ni kemain panas lagi baq hang. Panas dia sampai buleh buat lu org semua berpeluh-peluh ketiak sampai basah baju walaupun lu duduk dalam aircond pakai singlet santai-santai ala-ala gaya mat saleh lepak pantai hawaii tengahari buta. Memang panas gila dia punya panas. Gua duduk rilek-rilek depan peti ais sejuk tahap max pun masih dapat merasakan kehangatan sinar mentari terbit fajar di ufuk timur. Nampak tak tahap kepanasannya di situ? Nampak? Eleh. Rumah lu ada aircond buleh lah lu kata tak nampak. Gua tak mampu nak aircond2 nih. Gua nature lover. Tak sanggup gua nak merosakkan alam sekitar ciptaan Ilahi gua dek kerana peti empat segi tercangak kat dinding bernama Aircond tuh. Sweet kan gua? Kehkehkeh.

Tapi panas ketiak berpeluh-peluh hawaii bagai semua tuh kejap ja. Waktu tengahari ja selalunya. Start ja pukul 5 ptg, sampai 10 pagi esoknya, cuaca relaks je bersantai bersenang-lenang. Angin bertiup pun sepoi-sepoi bahasa hindustan kuch-kuch hota hai. Hensem gila weh Shah Rukh Khan dalam cerita tuh ~! Gila ke tak ramai peminat macam tu gaya. Kan? Apa? Sukahati aku lah nak cerita hindustan pun woi. Aku saja nak uji akal fikiran korang , aku nak tengok korang ni cepat lari fokus ke tak macam aku kan? Kehkeh. Kalo korang marah tuh, tahniah, korang memang semangat gila fokus baca. Kehkeh. Bajet menarik.

Oh ya. Berbalik pada tajuk aku. Hidup Baru. Kenapa hidup baru? Aku mati hidup semula ke? Oh tidak. Aku faham lah belog aku ni dah macam nyawa-nyawa ikan. Tapi semua tu tak ada kaitan dengan isu yang diperkatakan hari ini ye. Kehkeh. Tapi memang kan. Teruk gila kan belog aku? Berzaman gila aku tak hapdet. Maaf lah teman-teman. Gua bizi gile beberapa bulan yang lepas. Gua tak ad masa nak bercengkerama dgn belog gua. Maaf ye belog.

Okay. Sekarang ni aku bukan lagi kat tempat asal aku. Aku dah pegi jauh dari tempat aku yang dulu. Eh. Jangan nak perli aku obersea sgt lah kan. Aku pegi Kelantan je punn. Ya. Itu dia. Kelantan. Aku sekarang ni kat tempat belajar yg baru. Universiti Malaysia Kelantan - UMK Jeli, Kelantan. Jeli kat mana? Entah lah. Susah aku nak cerita. U aku ni kalo korang google map pun tak jumpa. Ketahuilah betapa 'fofular'nya tempat gua belajar ni. Macam-macam respon aku dapat bila aku bagitau org pasal tempat aku belajar ni. " Jeli? Makanan ke tempat? Kau jgn nak main-main dgn aku", " Homaigaaadd, tempat apa tu u olls", "U nak pegi oversea ke? Jeli tu dekat mana? Indonesia? India?"

Nampak tak? Nampak? Nampak betapa fofularnya Jeli tu kan? FYI, Jeli nih jajahan BN dalam Kelantan. And just so u know, Kelantan ni negeri pihak pembangkang yakni PAS kan. Dan aku berada di kawasan jajahan BN. Eh? Dah cerita politik dah ni. Maaf. Gua tak minat politik sebenarnya. Kehkeh.

UMK Jeli ni kampus baru kalau u olls nak tau. Memang baru gila. We olls semua yg register tahun ni first batch u ni u olls. First baby lah kira. Just so u know lah bila kampus baru ni bukan semua benda boleh puaskan hati u olls. Bilik pun u olls tak boleh lah nak expect sehebat-hebat macam u olls expect. Macam kitorg share 1 bilik 4 org and that bilik should be for 2 orang. Memang lah sesak sikit, tapi bila pandai arrange, okay lah, selesa lah jugak. Asal muat u olls nak makan tidur solat semua dah okay dah. Bangunan sini pun sikit je. Baru kata kau jah. Cuaca dia pulak, macam yg aku cerita kat atas tu lah. Random.

The best part of UMK here is, the scenery. UMK ni Kampus dalam Taman Hutan. Memang taman hutan kata ko. Kelilingnya hutan aja. Bukit bukan gunung ganang mewarnai pemandangan aku sehari-hari kat sini. Kehkeh. Tapi memang best. Bila kau bangun pagi je, kau boleh nampak kabus kat bukit bukau tuh, cantik gila ! Kabus tuh stayed untuk jangka masa yg agak lama. Kadang-kadang sampai pukul 10 pun ada lagi. Memang cantik gila lah! Bila ko amek gambar ber-background-kan scene tuh, then ko upload pulak kat facebook or twitter via instagram kata ko, lima minit lepas u olls upload tu mesti ada komen berbunyi gini, " U dekat mana ni? Aussie ke? Or London? " Cewaaa gitu. Banyak songeh kau nak komen macam gitu. Paling pun org mesti kata. " Cantik gilaaaa background. U kat mana ni? " Haa. Nampak tak betapa indahnya ciptaan Ilahi kat sini. Kehkeh. Aku ingat nak post gambar sebagai barang bukti, tapi aku tak bawak kamera dtg sini. Maaf. Di lain hari dan lain waktu dan lain post, InsyaAllah aku post gambar berkaitan.

Sepatutnya esok aku dah mula kelas, tapi kitorang sume langsung tak dapat jadual lagi. Jadi plan untuk hari esok, berpeleseran sampai tercabut kaki. Kehkeh.

Jadi, itu je untuk hari ni. Aku dah malas dah ni. Malas gila. Aku dah nak berenti ni. Sumpah dah malas habes tahap negative integers dah ni. Ok bai. Assalamualaikum.