Friday, June 29, 2012

Khutbah Jumaat #1 : Indahnya Memaafkan & Menahan Marah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum. Salam Jumaat. Salam Saiyidul Ayyam.


Seperti yang anda anda semua tahu hari ni Jumaat. Apa? Kau tak perasan hari ni hari Jumaat? Haa. Tak pegi solat Jumaat lettew. Kau tak update kalendar ke? Eh. Tipu lah iPhone mahal takde tunjuk kalendar kan. Kan kan? Rugi kau tak sedar hari ni hari Jumaat. Mohon malu pada diri sendiri. Wkwkwkwk.


Okay okay. Mula balik. Mula balik.


Seperti yang anda anda tahu hari ni Jumaat. Hari Jumaat pula sinonim dgn Solat Jumaat. Sekaligus menjadikan ianya sinonim dgn status-status para gadis gedik gelenyar di Facebook yg tak habis-habis sibuk menyuruh pakwe masing-masing mahupun siapa pun lelaki yg tak dikenali untuk pergi menunaikan Solat Jumaat. Tetiba hari Jumaat lah para-para gadis menjalankan tanggungjawab mengingatkan jejaka-jejaka akan solat. Sebelum ni tak pulak kau ye? Hamboi. Mentang-mentang perempuan tak wajib solat Jumaat. Melampau ye. Melampau. Okay fine, aku terpesong lagi. Hei, apesal ayat tatabahasa sgt neh. Geli tahu? Geli. Baik, baik.


Bila ada solat Jumaat, ada khutbah Jumaat. Jadi, start hari ni, aku akan cuba untuk mengupdate post yg main title nya mcm kat atas tu : Khutbah Jumaat. Ye lah. Kita nak buat pahala, nak sebarkan kebaikan mcm2 cara ye dak. Jadi, tak payah byk cerita. Tuh, pi baca 1st tazkirah aku tuh. Ilmu sikit sebanyak kenalah kongsi satu dunia ye tak nyah?


Indahnya Memaafkan & Menahan Marah

Allah SWT meninggikan darjat bagi seorang hamba yang memaafkan serta diberikan kemuliaan ke atasnya. Dengan memaafkan orang lain itu juga tidaklah merendahkan dirinya kerana selain daripada Allah SWT.





Nabi bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR. Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Hadis ini jelas menyatakan tentang sifat orang yang memaafkan kesalahan orag lain itu tidak lain tidak bukan adalah sifat sabar. Orang seperti ini juga bukanlah seorang yang suka berdendam. Mereka memilih untuk memaafkan, yang mana menuju ke arah kedamaian tanpa persengketaan. Nabi bersabda, "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." (HR. Muslim)

Allah berfirman, "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan." (Ali Imran : 133-134)

Nabi juga pernah bersabda: "Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan manusia pada setiap hari khamis dan Isnin, lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, diampunkan setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan, iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai , tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai." (HR Muslim)



Nah, jelas menunjukkan Allah Maha Pengampun sedia memaafkan sesiapa sahaja hambaNya melainkan mereka yang berada di dalam persengketaan sehingga berlakunya perdamaian. Islam sangat melarang akan pergaduhan yang mana akan memecahbelahkan perpaduan sesama umat. Jadi, sifat pemaaf dan sabar aat dituntut bagi mengelakkan ini berlaku.




"Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang". (At Taghobun: 14)

"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (al-Nuur: 22)



Jadi, setelah apa yang diperjelaskan. Mari bersama kita kikis sifat amarah dalam diri yakni sifat syaitan dan pupuklah sifat Sabar dan Pemaaf dalam hati dan jiwa.

Maaf atas setiap kekurangan. Yang baik itu sentiasa datang daripadaNya. Wallahua'lam.
Sekian.
Assalamualaikum. Jumpa lagi di lain post :D

9 comments:

  1. >.< nak tahan marah pun susah, apatah lagi nak maafkan orang. Tapi Allah cakap dalam 42:36; what Allah has is better. and those what Allah has is for people who really believe, rely for Allah, keep themselves away from sins and for people whenever they get angry, then they forgive.

    Allah pun cakap, kita boleh membalas, tetapi bersabar dan memaafkan itu lebih baik.

    Jazakillah untuk khutbah jumaat. Hehe.

    ReplyDelete
  2. huhu....insaf2..tanak marah2 dah

    ReplyDelete
  3. yes. betul tu haru_maki. hebat betul pemikiran sejak duduk bumi mesir ni. haha
    cik mai : marah sifat org yg lemah :) kalau rasa nak marah je, istighfar cepat2. saya dulu pun senang sgt nak marah. perubahan ntuk diri tu perlu :)
    lemon : welcome2

    ReplyDelete
  4. ayuuuu...nice posting :)
    nk jgk tahan marah..ajar2~hee..

    ReplyDelete
  5. haha. suhaila kahar ke ni?
    semua tu ada kat diri kita sndiri.
    ingat tuhan je. byk2 istighfar.
    kompem cool hati :)

    ReplyDelete
  6. ehem..nice :) pasni kene bnyak sabar ^^

    ReplyDelete